2.1 Ziarah kubur adalah sunat kerana ziarah kubur dapat:-
2.1.1 mengingatkan orang yang hidup terhadap soal mati dan hari akhirat
2.1.2 membawa rahmat kepada orang mati dengan doa dan istighfar.
2.2 Sabda nabi s.a.w. : "Aku dahulu melarang kami menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah kubur" (Muslim)
2.3 Makruh bagi orang perempuan menziarahi kubur. Jika mereka melakukan sesuatu yang dilarang semasa berziarah seperti meraung-raung dengan ratap tangis, mendedahkan aurat, bercampur gaul dengan kaum lelaki dan sebagainya maka haram hukumnya.
2.4 Menziarahi kaum kerabat terutama kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar pahalanya. Maka bertambah pahalanya jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari Jumaat dan dibacakan surah Yasin di sisinya. Kebaikan mengenang ibu bapa dengan doa dan menziarahi kuburnya bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada anak-anaknya yang soleh tetapi anak yang derhaka. Dalam sebuah hadis diterangkan: "anak derhaka yang kematian kedua ibu bapanya kemudian ia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk mereka nescaya ia diampuni Allah dan dikira sebagai anak yang taat"
2.5 Orang yang mati sentiasa merayu doa. Sabda Rasulullah s.a.w. "orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang yang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa dari anaknya atau saudaranya atau pun sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanyamaka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya (rahmat doa itu) lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang yang hidup kepada orang yang mati ialah doa dan istighfar"
** mari ramai-ramai sedekahkan al-fatihah kepada pak cik Muhamad Yussof (beloved ayah kepada Yazin) **
No comments:
Post a Comment